Ahli Parlimen Zionis Desak Tutup Masjid

AL-QUDS, 25 Nov 2015 (PIC) — Seramai 15 ahli parlimen Zionis mencadangkan undang-undang yang mendesak supaya masjid-masjid di Palestin yang “menghasut keganasan” ditutup. Usul tersebut dicadangkan oleh Bezalel Smotrich dari parti Jewish Home dan disokong oleh ahli-ahli parlimen dari parti Likud, Kulanu dan Yisrael Beytenu.

Usul mereka bagaimanapun tidak langsung menyentuh tentang hasutan yang dibuat setiap hari ke atas penduduk Palestin di sinagog dan insitut mereka.

Sekiranya diluluskan, puluhan masjid di dalam wilayah Palestin 1948 yang terjajah dan juga di Tebing Barat dan Al-Quds akan ditutup.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts