Ahli parlimen Zionis: membakar mati keluarga Dawabsha bukan satu keganasan

AL-QUDS, 12 Dis 2015 (IMEMC) — Ahli parlimen Zionis, Bezalel Smotrich, semalam menulis bahawa tindakan membakar mati keluarga Dawabsha bukanlah satu aksi keganasan. Kenyataan beliau dibuat pada hari sama di mana seorang suspek utama dalam jenayah tersebut dibebaskan oleh rejim Zionis.

Kenyataan beliau yang disiarkan melalui akhbar mingguan B’Sheva menyebut bahawa serangan yang dilakukan oleh pendatang Yahudi itu adalah satu bentuk “price tag” [balas dendam], bukannya keganasan. “Keganasan hanyalah bagi tindakan musuh yang menyerang kita [Zionis], hanya jenis serangan seperti itu yang memerlukan proses [undang-undang],” tulis beliau. “Semua jenayah lain adalah jenayah berat, jenayah keji, jenayah nasionalis, tetapi bukan keganasan.”

Beliau selanjutnya menulis, “Pembunuhan di Douma bukan satu insiden keganasan. Tamat.” “Sesiapa yang mendakwa insiden ini sebagai keganasan adalah terpesong dari kebenaran, ianya menyebabkan kemusnahan dan merosakkan manusia dan hak asasinya.” Beliau mengkritik tangkapan ke atas suspek jenayah tersebut, dengan mendakwa tindakan itu akan memberi tekanan kepada kumpulan pelampau Yahudi sehingga boleh menyebabkan mereka bertindak ganas.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts