Ahli parlimen Zionis sertai perhimpunan desak al-Aqsa dirobohkan

AL-QUDS, 19 Apr 2016 (MEMO) — Ahli parlimen dari Parti Likud, Miki Zohar, menyertai kumpulan 400 pelampau Yahudi berkumpul di Jabal as-Suwwanah di al-Quds Isnin lalu, di mana mereka mendesak supaya Masjid al-Aqsa serta Kubah as-Sakhra’ dirobohkan dan sebuah kuil Yahudi dibina di situ.

Di samping mendengar pidato dari beberapa tokoh politik dan pemimpin agama Yahudi, mereka juga menyaksikan sebuah model atau lakonan upacara pengorbanan Passover, melibatkan penyembelihan seekor kambing oleh para pendeta yang memakai jubah berwarna putih dengan berlatar-belakang Masjid al-Aqsa sepenuhnya.

Ketua The Temple Institute, Rabbi Yisrael Ariel berkata, “Kita hadir di sini untuk menyatakan bahawa kita sudah bersedia apabila tiba ketikanya, apabila mereka mereka akan ratakan Temple Mount [Masjid al-Aqsa] dan membersihkan semuanya, dan dibina Kuil [Yahudi].”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts