Ahmad Manasra dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun

AL-QUDS, 7 Nov 2016 (PIC) — Mahkamah Pusat Zionis di al-Quds menjatuhkan hukuman penjara ke atas Ahmad Manasra, 14, selama 12 tahun atas tuduhan menikam dan cuba membunuh seorang pendatang Yahudi pada 12 Oktober 2015.

Keluarga Ahmad turut dikenakan denda sebanyak 180,000 shekel (RM197,000).

Ahmad dituduh melakukan kesalahan bersama sepupunya Hassan Khalid Manasra, 15, yang ditembak mati ditempat kejadian berdekatan kawasan penempatan haram Pisgat Ze’ev. Manakala Ahmad cedera parah ditembak oleh tentera Zionis setelah dikejar oleh sekumpulan Yahudi dan dilanggar dengan sebuah kereta, diherdik dalam keadaan berdarah tanpa diberikan bantuan.

Ahmad Manasra merupakan penduduk Palestin paling muda pernah dijatuhkan hukuman di sebuah mahkamah Zionis, di mana beliau berumur 13 tahun ketika dibuat pertuduhan. Beliau disoal siasat dan dipaksa membuat pengakuan dalam keadaan sakit tanpa kehadiran peguam atau ahli keluarganya.

Perbicaraan ke atas Ahmad ditangguhkan beberapa kali, dalam usaha pihak rejim untuk menunggu beliau mencapai usia 14 tahun pada bulan Januari. Undang-undang Zionis membenarkan penduduk berumur 14 tahun dikenakan hukuman penjara.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts