Akhbar Haaretz disekat oleh kerajaan haram Isral

Akhbar Haaretz adalah akhbar Israel. Terbaru terdapat sekatan terhadap akhbar tersebut kerana mengkritik dasar dan dianggap berat sebelah oleh kerajaan.

Antara kritikan Haaretz terhadap kerajaan Israel ialah :

1.Menuduh Menteri Pertahanan baru Israel, Israel Katz, mengamalkan aparteid di Tebing Barat dengan menghentikan penggunaan penahanan tanpa perbicaraan bagi rakyat Yahudi, tetapi terus mengamalkannya terhadap rakyat Palestin.

2. Menuduh Netanyahu dan tentera Israel menjalankan pembersihan etnik di Utara Gaza.

3. Mendakwa Netanyahu merosakkan rundingan gencatan senjata untuk memanjangkan penjajahan Gaza.

4. Menuduh kerajaan Israel menapis laporan media mengenai penahanan pentadbiran.

5. Impaknya kerajaan haram Israel meluluskan usul daripada Menteri Komunikasi Israel, Shlomo Karhi yang mengarahkan semua badan yang dibiayai kerajaan untuk menghentikan sebarang hubungan dengan Haaretz dan tidak lagi meletakkan iklan di akhbar tersebut.

6. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad telah meluluskan cadangan ini.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts