GAZA, 20 Apr 2016 (PIP) — Operasi berani mati mengebom bas Zionis Isnin lalu meyaksikan babak baharu Intifadah yang membuktikan tekad bangsa Palestin menentang penjajahan Zionis terus membara.
Susulan peristiwa tersebut, pasukan tentera penjajah yang menceroboh masuk perkampungan Isawiyah di al-Quds dihujani dengan bom Molotov.
Sebuah bas yang membawa pelampau Yahudi juga dilempar dengan bom Molotov di perkampungna Aen Loz di Silwan, menyebabkan bas tersebut terbakar. Menurut laporan laman web 0404, yang mempunyai hubungan dengan tentera Zionis, bas tersebut diserang dengan 10 bom Molotov sehinggakan penumpangnya menjadi histeria.
Kumpulan-kumpulan mujahidin Palestin yang berhimpun di Gaza hari ini mendakwa tindakan warga Palestin ke atas kepentingan Zionis adalah wajar, sebagai reaksi yang lumrah terhadap kejahatan rejim dan penodaan mereka ke atas Masjid al-Aqsa. Dalam perhimounan tersebut, mereka turut memuji ketabahan tahanan Palestin yang merengkok dalam penjara Zionis.