Aktivis Belanda berdemonstrasi bela Palestin berseorangan selama lebih 4 tahun

AMSTERDAM, 9 Dis 2018 — Seorang aktivis Belanda berdemonstrasi berseorangan untuk mendedahkan keganasan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin sejak empat setengah tahun lalu.

Simon Froufni mengadakan demonstrasi setiap hari Ahad dengan mengedar risalah tentang penjajahan Zionis kepada para pelawat yang berkunjung ke Dataran Dam di ibukota Amsterdam. Sehingga kini, beliau telah berjaya melakukan lebih 500 demonstrasi.

Froufni mengecam kerajaan Belanda yang menuduh pertubuhan dan aktiviti pro-Palestin sebagai anti-Semitik. Beliau menegaskan aktivitinya hanyalah sebagai tanda hormat kepada penduduk Palestin.

“Penindasan ke atas penduduk Palestin adalah amat menyedihkan,” kata beliau. “Apa yang sedang berlaku, terutamanya di Gaza, adalah sangat kejam dan kita tidak berbuat apa-apa untuk menghentikannya.”

Menurut Froufni, beliau telah ditahan sebanyak 15 kali sejak dua tahun lalu, selepas bertindak balas ke atas gangguan oleh aktivis pro-Israel.

“Dalam satu kejadian, mahkamah memerintah seorang bekas anggota tentera Zionis yang mengoyakkan baju saya supaya membayar pampasan,” kata beliau sambil menegaskan serangan seperti itu tidak akan sekali-kali menghentikan aktivitinya.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts