Aktivis hak asasi Palestin dihukum penjara 8 tahun

NAZARETH, 9 Julai 2018 — Mahkamah Pusat Zionis di Beersheba semalam menjatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun ke atas aktivis hak asasi Palestin, Firas al-Omari, 46.

Firas yang berasal dari bandar Sandala merupakan seorang aktivis Pergerakan Islam cawangan utara, serta menjadi ketua Yayasan Yusuf al-Siddiq yang peduli hal ehwal tahanan Palestin.

Beliau ditangkap pada tahun 2017 atas tuduhan terbabit dengan pertubuhan yang diharamkan.

Pergerakan Islam cawangan utara diharamkan oleh rejim Zionis pada bulan November 2015. Ahli-ahli pertubuhan, termasuk Sheikh Raed Salah, terkenal dengan aktiviti mempertahankan kota Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa daripada pencabulan rejim Zionis.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts