Aktivis rancang penerbangan ke Gaza

4 Julai 2011 – Ratusan aktivis merancang untuk menuju ke Gaza dengan menaiki kapal terbang, setelah usaha rakan aktivis lain untuk belayar ke Gaza disekat oleh rejim Zionis. Pihak berkuasa Greek menghalang kapal-kapal Freedom Flotilla Two daripada meninggalkan negara tersebut, tunduk dan akur kepada tekanan rejim Zionis Israel dan sekutunya di Amerika dan Eropah.

“Kami menyahut seruan dari rakyat Palestin, dan kira-kira 500 orang termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak, akan berlepas pada 8 Julai demi menunjukkan kepada mereka (rakyat Palestin) bahawa dunia tidak sekali-kali melupakan mereka,” kata wakil penganjur sebagaimana dipetik oleh AFP.

Kumpulan aktivis ini akan membanjiri Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di tenggara Tel Aviv bagi memprotes sekatan yang dikenakan ke atas Gaza sejak tahun 2007. Sekatan ini menyebabkan 1.5juta orang penduduk Gaza berhadapan dengan kekurangan kritikal bekalan makanan, but-ubatan, minyak dan keperluan asas yang lain.

Kempen penerbangan ini akan disertai oleh 300 orang rakyat Perancis, manakala selebihnya adalah rakyat Belgium, Jerman, Itali dan Amerika.

Perdana Menteri rejim haram Israel, Benjamin Netanyahu telah mengarahkan pihak berkuasa penerbangan supaya menghalang usaha tersebut. Laporan media menyebut bahawa semua penumpang dari Eropah akan dibawa ke terminal berasingan bagi menjalani pemeriksaan.

Para aktivis bagaimanapun mendakwa bahawa Israel tidak ada sebarang hak untuk menghalang mereka memasuki wilayah-wilayah Palestin.

———-

Sumber berita: Press TV

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts