Al-Araqeeb diroboh kali ke-147

GURUN NAQAB, 22 Jul 2019 — Rejim penjajah Zionis hari ini sekali lagi meroboh pekampungan Badwi Palestin di al-Araqeeb, di Gurun Naqab, buat kali ke-147.

Pasukan polis dan pegawai perbadaran Zionis lengkap dengan jentolak menyerbu perkampungan al-Araqeeb di awal pagi sebelum memusnahkan rumah, kemah serta binaan-binaan lain yang diguna oleh penduduk.

Al-Araqeeb buat pertama kali diroboh pada tahun 2010. Sejak itu al-Araqeeb diroboh berulang-rulang kali, di mana penduduk membina semula rumah dan kemah mereka setiap kali selepas diroboh. Penduduk juga ditekan dengan berbagai dakwaan di mahakamah serta denda yang tinggi.

Rejim Zionis merancang untuk membina sebuah bandar khusus untuk pendatang Yahudi di kawasan tersebut, termasuk mewujudkan kawasan hutan di bawah rancangan Jewish National Fund.

Kali terakhir perkampungan itu diroboh adalah pada 27 Jun lalu.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts