Al-Barghouthi Sekali Lagi Dikenakan Tahanan Pentadbiran

RAMALLAH, 23 Nov 2015 (PIC) — Pihak rejim Zionis sekali lagi menahan Omar al-Barghouthi, 65 tahun, di bawah tahanan pentadbiran selama enam bulan.

Al-Barghouthi ditahan buat kali ke-13, selepas dibebaskan enam bulan lalu setelah dipenjarakan selama satu tahun.

Tahanan warga emas yang berasal dari bandar Kaubar di Ramallah itu sedang mengalami masalah kesihatan jantung dan sakit belakang. Beliau sebelum ini terpaksa hidup selama 26 tahun di dalam penjara Zionis. Beliau adalah bapa kepada tahanan Asem al-Barghouthi dan juga saudara beradik kepada tahanan Nael al-Bargouthi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts