Al Fatihah: Perginya Syeikh Muhammad Najar, Tokoh Gerakan Islam Palestin

Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rooji’un, pada Jumaat (11/11/2011) Haji Muhammad Abdu Khattab An-Najjar, salah seorang tokoh penting dan pengasas Jamaah Ikhwanul Muslimin di Palestin telah meninggal dunia pada usianya yang menghampiri 84 tahun.

Haji Muhammad Abdu Khattab An-Najjar, atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Najjar meninggal dunia setelah sekian lama menderita sakit di Hospital Gaza Eropa di Khan Yunis.

Haji Najjar dilahirkan pada 1927 di Khan Yunis. Beliau merupakan generasi awal pimpinan IM di Gaza sejak tahun 1950. Bersama Syeikh Imam Ahmad Yasin, mereka mendirikan IM sekembali dari perang 1967.

Haji Najjar hanya belajar melalui para masyayikh namun demikian beliau seorang da’i yang aktif memberikan pengajian dan ceramah dari masjid ke masjid di Jalur Gaza.

Haji Najjar memiliki 9 orang anak, 5 lelaki dan 4 orang perempuan.

Mursyid Am IM Mesir, Dr. Muhammad Badi menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat Arab, dunia Islam dan Ikhwanul Muslimin di seluruh penjuru dunia serta kepada rakyat Palestin atas pemergian Syeikh Muhammad Najar.

Dr. Muhammad Badi menjelaskan, Syeikh Najar merupakan tokoh yang hidupnya penuh dengan perjuangan dan pengorbanan demi membela rakyat Palestin dan permasalahannya, mendukung perjuangan, membela persoalan umat Arab dan Islam seluruhnya.

Sementara itu, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah bercerita bahawa keputusan-keputusan terkini dan perkembangan terbaru dalam sejarah gerakan Islam banyak dilakukan di rumah Syeikh Najar. Bahkan pertemuan besar antara gerakan Islam dan jamaah ikhwan diadakan di rumah beliau. “Syaikh Najar merupakan seorang tokoh yang tawadhu’, banyak membina kader dan menjadi pembimbing bagi mereka,” ungkap Haniyah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts