JENIN, 31 Ogos 2016 (PIC) — Tahanan Ayyad al-Hreimi hari ini menghentikan mogok lapar apabila pihak berkuasa penjara Zionis berjanji mereka akan memperbaharui tempoh tahanannya hanya sekali, dan untuk tempoh hanya empat bulan.
Ayyad melancarkan mogok lapar pada 16 Julai lalu sebagai membantah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan ke atas beliau. Kesihatan beliau merosot hingga kehilangan berat sebanyak 25 kilogram dan tidak mampu bercakap.
Tiga lagi tahanan pentadbiran masih meneruskan mogok lapar, iaitu tahanan adik beradik Muhammad dan Mahmoud al-Balboul serta Malek al-Khadi.