Al Qaradhawiy Mengetuai ulama dunia dalam mengecam Israel.

11 Januari 2009: Yusuf Al Qaradhawiy yang terkenal sebagai ilmuan Islam yang peka dengan permasalahan Umat mengecam Israel dengan menyatakan penindasan Israel dan penjajahannya adalah pengisytiharan perang mereka dengan Allah. Sesungguhnya Allahlah Yang Maha Tinggi tipu helahnya dan kekuasaannya.

Dalam Khutbah jumaat 9 Januari yang lalu Qaradhawiy menasihatkan pemimpin dunia dan khususnya pemimpin Islam agar bertaqwa kepada Allah dalam perihal rakyat mereka kerana Rakyat telah menyatakan suara mereka. Allahlah yang telah melantik Pemimpin hari ini untuk memikul tanggungjawab umat. Dalam nada taajub Al Qaradhawiy mempertikaikan bagaimana kerajaan-kerajaan negara Islam boleh berdiam diri ketika mereka melihat apa yang diperlakukan Musuh Allah ke atas Umat Islam Ghazza.

Israel yang bergantung penuh dengan teknologi dan kekuatan Amerika pasti akan menemui kekalahan ini telah Allah janjikan pada mereka. Dalam Al Quran Allah Menyebut:

” وَكذَلكَ أَخذُ رَبكَ إِذَا أَخذَ القرَى وَهيَ ظالمةٌ إِنَّ أَخذَهُ أَليمٌ شدِيدٌ”

yang bermaksud

“dan begitulah Tuhan kamu membinasakan satu kota sedang mereka berlaku zalim dan balasan Allah itu sangat-sangat pedih.

Selain itu Al Qaradhawiy menyingkap senario masyarakat Islam di seluruh dunia dalam mengatakan bahawa Kini Umat Islam membara dan semakin merindui Jihad. Selepas beliau menegaskan bahawa pendirian negara-negara Islam adalah merupakan masalah bagi jihad Palestin. Seolah-olah Israel dilindungi oleh kerajaan Islam dari kemarahan umat.

artikel kali ini adalah rumusan dari artikel asal Al Qaradhawiy dalam www.qaradhawi.net. (Umaraiman)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts