Al-Wahidi menjelaskan dalam satu keterangan akhbar, bahawa kelakuan dan pencabulan Israel itu telah mendedahkan wajah sebenar kezaliman Israel. Beliau menyeru masyarakat dunia (antarabangsa) dan kemanusiaan untuk membantu walaupun sedikit. Mereka juga menyeru Hak Asasi Manusia untuk membentuk jawatankuasa parlimen dan Eropah untuk menziarahi tahanan Palestin dan mereka yang ditahan di dalam penjara Israel untuk melihat sendiri kehidupan dan kesihatan tahanan.
Beliau melihat bahawa penanaman alat peranti gangguan ini tidak bertujuan lain melainkan untuk menyebarkan rasa takut di kalangan tahanan. Jawatankuasa palang merah (perubatan) dan Majlis Antarabangsa menyeru Hak Asasi Manusia dan Organisasi Kesihatan Dunia, Bangsa-bangsa Bersatu, dan Parlimen Eropah untuk menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengesan alat peranti milik pejabat hal-ehwal penjara Israel yang diimplankan di dalam penjara Israel. Turut dinyatakan bahawa alat peranti ini juga berkemungkinan mengeluarkan radiasi yang boleh mengakibatkan tahanan menghidap penyakit yang serius dan berbahaya apabila melihat radiasi itu. Beliau juga mengecam kebisuan masyarakat arab dan antarabangsa terhadap penderitaan tahanan palestin di dalam penjara Israel. Beliau meminta supaya tekanan diberikan kepada penjajahan Israel dan mengarahkan supaya mereka menghormati hak asasi kemanusiaan dan mengadakan semula program lawatan keluarga tahanan.
Al-Wahidi memuji keteguhan tahanan Khader ‘Adnan yang mengangkat slogan syiar yang patut dicontohi dan dijadikan model iaitu “Maruah dan kebebasan lebih berharga daripada makanan dan minuman”.
Diterjemahkan oleh Nur Muhammad Muhsin bin Mahmud
Sumber : paltoday.ps