Amaran Kementerian Kesihatan: Pandemik masih di luar kawalan

GAZA, 3 Sep 2020 — Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza hari ini mengumumkan 98 kes baharu Covid-19 di wilayah terkepung itu dalam tempoh 24 jam lalu, di mana rantaian jangkitan masih di luar kawalan.

Kementerian turut menyatakan amaran tentang peningkatan jangkitan yang semakin serius di Gaza, dengat catatan tertinggi dalam tempoh sehari sejak Covid-19 pertama kali dikesan di Gaza.

Penduduk digesa mematuhi arahan supaya kekal di rumah dan hanya keluar untuk keperluan kecemasan, dengan memakai pelitup muka, menjaga kebersihan serta memastikan penjarakan fizikal.

Sebanyak 1,421 sampel telah disaring sepanjang 24 jam lalu. Jumlah kes positif Covid-19 di Gaza sejak Mac lalu kini meningkat kepada 581, di mana 500 daripadanya masih aktif. Dari jumlah tersebut, 463 adalah kes tempatan.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts