Amaran Zionis Cuba Membahagikan Al-Aqsa

aksa-aqsaRAMALLAH, 4 Ogos 2014 (WAFA) — Menteri Hal Ehwal Agama Palestin, Yousef Id’ais, semalam memberi amaran terhadap rancangan rejim Zionis untuk membahagikan masjid al-Aqsa mengikut waktu dan ruang, dalam kesibukan dan keasyikan masyarakat antarabangsa dengan serangan berterusan ke atas Gaza.

Menurut Yousef, tindakan Zionis menghalang para jemaah daripada memasuki masjid dan kenyataan provokatif yang dikeluarkan oleh para rabbi adalah bukti penindasan agama yang berterusan terhadap tempat suci di Palestin, khususnya Masjid al-Aqsa.

Id’ais juga menegaskan bahawa setakat ini sebanyak 41 buah masjid di Gaza telah musnahkan oleh Zionis, manakala 120 yang lain sebahagiannya dimusnahkan, selain daripada sasaran institusi agama yang lain seperti bangunan yang menempatkan jawatankuasa Zakat.

Beliau menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) secara serius dan segera bertindak bagi mencegah jenayah dan pelanggaran rejim Zionis yang semakin meningkat setiap hari.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts