Amerika akan pindah pejabat kedutaan ke Baitulmaqdis pada hari ulang tahun Nakba

WASHINGATON, 25 Feb 2018 — Jabatan Negara Amerika Jumaat lalu mengumumkan keputusan untuk memindah pejabat kedutaanya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis pada 14 Mei, iaitu hari ulang tahun ke-70 peristiwa hitam Nakba serta penubuhan negara haram Zionis pada tahun 1948.

Mantan Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal, dalam kenyataannya di Istanbul mengutuk keputusan Amerika itu dan tidak akan membiarkan ianya menjadi kenyataan.

Ia merupakan satu pencabulan terhadap hak penduduk Palestin, tempat-tempat suci umat Islam, dan menghasut perasaan bangsa Arab dan umat Islam.

Menurut kenyataan jurucakap Hamas, Abdul Lathief al-Qanua, langkah tersebut akan mencetus ledakan perlawanan di Baitulmaqdis. Bahkan ia tidak akan sedikitpun memberi hak kepada Zionis ke atas Baitulmaqdis, kerana keputusan Amerika itu bertentangan dengan konvensyen dan undang-undang antarabangsa.

Amerika menerima banyak tawaran daripada kumpulan-kumpulan Yahudi Amerika untuk mendanai pembinaan bangunan kedutaannya di Baitulmaqdis, termasuk tokoh perniagaan kasino Sheldon Adelson, yang juga berketurunan Yahudi.

Pejabat sementara kedutaan Amerika akan beroperasi di kawasan kejiranan Arnona, sebelum tapak kekal dikenal pasti.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts