Amerika bekukan dana bantuan untuk PA

BEIT LAHM, 26 Jun 2018 — Amerika Syarikat pagi tadi membekukan dana-dana bantuan untuk Pihak Berkuasa Palestin (PA) di bawah “Undang-Undang Kuasa Taylor”.

Undang-Undang Kuasa Taylor yang diluluskan pada bulan Mac lalu menghalang PA daripada membayar elaun bulanan kepada keluarga penduduk Palestin yang dibunuh, dicederakan atau dipenjara oleh rejim Zionis.

Pada tahun 2016, Amerika telah berjanji untuk menyumbang dana bantuan bernilai $370 juta, iaitu sebanyak satu-per-tiga daripada bajet PA.

Di samping itu duta Amerika ke PBB, Nikki Haley, mendesak Amerika supaya membekukan sepenuhnya dana bantuan untuk UNRWA selagi Palestin tidak memberi komitmen ke atas rundingan damai dengan rejim Zionis.

(IMEMC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts