Amerika hadapi tuntutan saman kerana membekal senjata kepada tentera Zionis

WASHINGTON, 15 Nov 2016 (EI) — Seramai 30 plaintif Amerika memfailkan saman ke atas kerajaan mereka kerana meluluskan bekalan senjata melibatkan lebih 47 juta butir peluru kepada tentera Zionis antara tahun 2007 dan 2009.

Menurut tuntutan yang dibuat di Mahkamah Daerah Washington itu, bekalan tersebut 10 kali lebih cukup untuk mencederakan atau membunuh setiap penduduk Palestin.

Di bawah Akta Bantuan Luar Negara yang dipanggil Undang-Undang Leahy, kerajaan Amerika perlu menghentikan sebarang bantuan kepada negara yang mencabul hak asasi dengan sewenang-wenangnya, atau menggunakan bantuan ketenteraan untuk tujuan selain daripada mempertahankan diri.

Undang-Undang Leahy sebelum ini pernah diguna pakai untuk menghentikan bantuan kepada Indonesia, Columbina dan Pakistan.

Pentadbiran Obama baru-baru ini meluluskan program bantuan ketenteraan bernilai $US38 bilion kepada rejim Zionis, yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh 10 tahun.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts