Amerika Tekan Pihak Berkuasa Palestin Supaya Hentikan Intifadah

RAMALLAH, 4 Nov 2015 (AlResalah) — Amerika sedang mengambil langkah memberi tekanan ke atas presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA) Mahmoud Abbas supaya menghentikan intifadah.

Rabu lalu, Setiausaha Negara Amerika John Kerry menuduh PA membuat hasutan terhadap rejim Zionis. “Pemimpin Palestin harus memberi penyelesaian yang dapat memberikan mereka kehidupan yang bebas dari keganasan, dalam rangka menjamin keselamatan Israel,” kata beliau. Kerry menambah bahawa rejim Zionis mempunyai hak untuk pempertahankan diri, sambil menekankan bahawa kebangkitan yang sedang berlaku di Tebing Barat dan Al-Quds sebagai salah satu bentuk “keganasan dan terorism”.

PA selama ini menjalinkan kerjasama kawalan keselamatan dengan rejim Zionis. Minggu lalu, kedua-dua pihak telah mengadakan mesyuarat di pejabat pusat arahan tentera Zionis bagi membincangkan tentang intifadah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts