LUBNAN, 9 Jan 2017 (BHP) — HALUAN dengan kerjasama Yayasan Al-Sarraa telah menunaikan amanah rakyat Malaysia menyampai wang bantuan sara hidup kepada 100 anak yatim pelarian Palestin dan Syria di kem pelarian Ein El- Hilweh di bandar Sildon, Lubnan.
Anak-anak yatim yang majoritinya merupakan pelarian kali kedua yang terpaksa keluar dari kem-kem di Syria ini mendapat tajaan sara hidup sebanyak US$50 setiap orang sejak tahun 2014.
HALUAN mengalu-alukan lebih ramai penyertaan rakyat Malaysia dalam program ini, agar lebih ramai anak yatim dapat ditaja.
Maklumat lanjut boleh dicapai di siniĀ atau facebook.com/haluanpalestin.