RAMALLAH, 17 Ogos 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menggerakkan operasi besar-besaran di Tebing Barat bagi menangkap lebih 20 anggota dan pemimpin Hamas menjelang pilihanraya perbandaran yang akan diadakan pada 8 Oktober.
Wakil Hamas dalam jawatankuasa pilihanraya pusat, Hussein Abu Kuwaik, ditangkap hanya sehari selepas jawatankuasa tersebut mengumumkan pendaftaran calon dibuka.
Tentera Zionis turut memecah masuk rumah pemimpin Hamas, Jamal Abu al-Haija, dengan meletupkan pintu utama rumahnya tengah malam tadi. Rumah-rumah tiga orang anak lelakinya juga dipecah masuk dan digeledah, di mana beberapa peralatan termasuk barangan elektrik dan sebuah kereta dirampas.