Anggota polis Zionis dihukum tidak bersalah membunuh Timbalan Menteri Palestin

BEIT LAHM, 10 Ogos 2016 (Maan) — Polis Zionis menutup siasatan ke atas kes kematian Timbalan Menteri Palestin Ziad Abu Ein dengan merumuskan bahawa beliau telah meninggal dunia atas sebab semulajadi diserang sakit jantung.

Ziad meninggal dunia pada 10 Disember 2014 selepas dipukul oleh seorang polis sempadan Zionis dengan menggunakan topi keledar dan senapang dalam satu perarakan untuk menanam pohon zaitun di perkampungan Turmusayya di Ramallah.

Pertubuhan hak asasi Yesh Din mengecam keputusan tersebut kerana pihak mahkamah tidak pernah menyiasat polis yang disyaki membunuh mangsa bahkan tidak pernah mengambil keterangan daripada beliau.

Pasukan forensik Palestin mendedahkan bahawa bekas Timbalan Menteri Hal Ehwal Tahanan itu meninggal dunia akibat hentakan yang kuat di bahagian dada dan serangan gas pemedih mata yang melampau. Beliau turut mengalami lebam di bahagian tengkuk dan beberapa batang giginya terkeluar akibat pukulan di bahagian muka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts