Askar pembunuh Abdul Fatah dibebaskan

AL-QUDS, 18 Julai 2017 (PIC) — Sebuah mahkamah tentera Zionis membebaskan askar Elor Azaria yang telah dijatuhkan bersalah membunuh secara sengaja pemuda Palestin Abdul Fatah al-Sharif di al-Khalil tahun lalu.

Mahkamah memutuskan untuk menahan Azaria dalam rumah keluarganya di kota Ramla untuk tempoh tidak lebih dari dua minggu, sehingga keputusan rayuan beliau ke atas hukuman penjara 18 bulan dibuat.

Azaria sebelum ini ditahan di pengkalan tentera Nachshonim berdekatan Rosh HaAyin, di mana beliau dibenarkan pulang ke rumah secara berkala. Keluarga beliau juga dibenarkan melawat secara kerap.

Azaria menembak mati Abdul Fatah, 21, pada bulan Mac 2016 dalam keadaan mangsa cedera terlantar di atas tanah setelah ditembak oleh tentera kira-kira 15 minit sebelumnya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts