Askar pembunuh al-Sharif dibebaskan

AL-QUDS, 31 Mac 2016 (PIP) — Mahkamah tentera Zionis hari ini membebaskan askar Zionis yang menembak mati Abdul Fattah Sharif yang sedang tenat kesakitan di al-Khalil minggu lalu.

Beliau bagaimanapun dikenakan sebagai tahanan luar di pengkalan tentera Kfir sebelum dibebaskan sepenuhnya pada tengahari Jumaat. Beliau akan didakwa semula atas tuduhan membunuh dengan tidak sengaja. Terdahulu, mahkamah tentera Zionis mendakwa askar tersebut dengan tuduhan membunuh dan cuai.

Dalam kejadian pada 24 Mac itu, beberapa buah ambulan Zionis yang tiba beberapa minit sebelum berlakunya tembakan tersebut tidak memberikan sebarang bantuan kepada mangsa, sebaliknya lebih sibuk menyelamatkan seorang askar Zionis yang hanya cedera ringan diserang oleh Abdul Fatah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts