Askar pembunuh remaja Palestin dibebaskan

AL-QUDS, 11 Apr 2016 (WorldBulletin) — Pegawai tentera Zionis Kolonel Israel Shomer dibebaskan dari tuduhan jenayah membunuh Mohammad Kasba, 17, secara sengaja berdekatan sekatan Qalandia pada 3 Julai 2015.

Menurut kenyataan pihak tentera, Shomer bersama seorang rakannya melepaskan tembakan apabila jip tentera yang mereka naiki rosak dibaling dengan batu. Tembakan tersebut didakwa sebagai tindak balas terhadap suasana bahaya yang tidak dapat dielakkan.

Pihak tentera Zionis seterusnya mendakwa bahawa Shomer melepaskan tembakan ke udara dan juga ke bahagian bawah badan mangsa. Oleh itu mahkamah tentera memutuskan tindakan menembak itu bukan suatu kesalahan jenayah, dan tidak ada justifikasi untuk mengambil tindakan ke atas pegawai terbabit.

Bagaimapun, rakaman video yang keluarkan oleh pertubuhan hak asasi B’Tselem menunjukkan bukti yang bercanggah dengan dakwaan tersebut di mana Mohammad Kasba ditembak ketika beliau sedang melarikan diri selepas membaling batu ke arah kenderaan tentera terbabit.

B’Tselem menyelar keputusan rejim Zionis itu dan mendakwa ianya sebagai sebahagian daripada mekanisma sistem siasatan tentera Zionis dalam mengaburkan kebenaran atau bukti jenayah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts