HAIFA, 28 Feb 2018 — Seorang askar Zionis mati selepas menembak diri sendiri dalam sebuah pengkalan tentera di utara negara haram itu.
Beliau mati selepas dikejarkan ke Hospital Rambam di Haifa dengan menggunakan kapal terbang.
Bunuh diri merupakan sebab utama kematian anggota tentera Zionis pada tahun 2016. Sebagaimana setiap dua tahun sebelumnya, seramai 15 orang askar, semuanya lelaki, telah membunuh diri dalam tahun 2016.
(MEMO)