Askar Zionis dilucut kerana lari dari gadis membawa pisau

RAMALLAH, 11 Jun 201 (PIC) — Tentera penjajah Zionis memutuskan untuk melucut tugas seorang askarnya kerana lari dari seorang gadis Palestin yang membawa sebilah pisau.

Sebuah rakaman video menunjukkan askar terbabit lari ketakutan daripada Nuf Infi’aat, 16, ketika beliau cuba menikamnya di laluan masuk penempatan haram Mevo Dotan di Jenin, Tebing Barat.

Gadis tersebut bagaimanapun cedera parah ditembak oleh pasukan tentera di sebuah sekatan tentera berdekatan bandar Ya’bad. Beliau meninggal dunia pada hari berikutnya di sebuah hospital.

Rakaman video turut menunjukkan sekumpulan tentera Zionis berdiri mengerumuni Nuf yang terlantar cedera sambil memaki hamun.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts