Askar Zionis Maut, Cedera Dalam Kemalangan Bas Di Tebing Barat

BETHLEHEM, 26 Nov 2015 (Maan) — Seorang askar wanita Zionis mati dan 39 yang lain cedera apabila sebuah bas yang membawa pasukan tentera askar dari sebuah kem menuju ke Al-Quds terbalik berdekatan kawasan penempatan haram Yahudi Kokhav HaShahar di daerah Ramallah, Tebing Barat.

Korporal Tentera Udara Stav Partush, 19 tahun, dilaporkan mati di tempat kejadian apabila terperangkap di bawah bas. Semua askar yang tercedera dikejarkan ke sebuah pusat rawatan dengan menggunakan helikopter dan ambulan.

Polis Zionis mendakwa sedang “menyiasat insiden tersebut,” sungguhpun media Zionis melaporkan ianya adalah satu kemalangan jalanraya.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts