Ayah Kristian, ibu Yahudi, namun wanita Brazil ini bersyahadah di al-Aqsa

AL-QUDS, 29 Ogos 2016 (SP) — Rachel Traverse mengucap dua kalimat syahadah di Masjid al-Aqsa dengan disaksikan oleh Muslimin Palestin.

Rachel yang berasal dari Brazil dilahirkan oleh ibunya yang beragama Yahudi. Bapanya pula seorang penganut Kristian. Beliau menetap dan belajar di al-Quds selama sembilan tahun, di samping bekerja sebagai seorang pemandu pelancung.

Menurut Rachel, beliau belajar tentang Islam sejak dua setengah tahun, dan mendapati bahawa Islam adalah satu-satunya jalan yang benar menuju kepada Tuhan. Beliau menemui kecintaan, pengampunan dan kasih sayang Tuhan ketika membaca al-Quran.

“Saya memilih untuk mengumumkan keIslaman saya di al-Aqsa kerana saya mencintainya, saya merasa sangat tertarik pada al-Aqsa. Saya merasa sangat tenang dan gembira ketika berada di sini,” kata Rachel sambil berlinangan air mata.

Sebelumnya, beberapa pemuda dari Pertubuhan Darussalam memperkenalkan Islam kepada pengunjung Masjid al-Aqsa. Sebahagian pelancong mengucap kalimah syahadat dan mengumumkan keIslaman mereka di al-Aqsa. Rachel adalah salah seorang daripada mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts