Ayman Mogok Lapar Hari Ke-100

aymanRAMALLAH, 7 Jun 2014 — Hari ini Ayman Itbeish, 34 tahun, melengkapkan hari ke-100 mogok lapar beliau bagi membantah tahanan yang berterusan di dalam penjara Zionis. Beliau merupakan salah seorang tahanan yang melakukan mogok lapar paling lama yang masih merengkok dalam tahanan.

Ayman pernah ditangkap beberapa kali sebelum ini dan pernah melakukan mogok lapar sebanyak tiga kali. Tahun lalu, beliau mogok selama 105 hari. Pihak berkuasa rejim Zionis akhirnya berjaya menghentikan mogok Ayman setelah bersetuju menghentikan tanahan pentadbiran ke atasnya dan berjanji untuk membawa beliau ke muka pengadilan bagi memutuskan kesnya. Persetujuan ini bagaimanapun dimungkiri oleh pihak Zionis apabila mereka menangkap semula Ayman tidak lama selepas beliau dibebaskan.

Beliau kini ditahan di pusat rawatan Assaf Harofeh dan dilaporkan berada dalam risiko kesihatan yang tinggi. Menurut kenyataan Persatuan Tahanan Palestin, Ayman sedang berhadapan dengan masalah penglihatan, buah pinggang, sakit perut, anggota badan yang tidak berfungsi sepenuhnya dan juga lelah.

Beliau pernah ditahan sebanyak lima kali sebelum ini. Pada tahun 1999 ketika beliau berusia 18 tahun, beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan. Buat kali keduanya, beliau dikenakan tahanan pentadbiran dan dipenjara selama 7 bulan, manakala buat kali ketiganya beliau telah dipenjara selama enam tahun.

Kemudian beliau ditahan lagi selama tiga tahun tanpa sebarang pendakwaan atau pengadilan. Beliau ditahan sekali lagi buat kali kelima sebagai tahanan pentabdiran, juga tanpa sebarang pendakwaan.

Seramai 125 orang tahanan Palestin yang lain juga sedang melakukan mogok lapar yang kini sudah melepasi hari ke-45.

—————

Sumber : Maan News Agency

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts