Bajet penempatan haram Yahudi meningkat 500%

GAZA, 21 Sep 2016 (PIC) — Ketua Jabatan Pemantauan Penempatan Yahudi di Institut Kajian Gunaan, Suhail Khaliliyeh, mendedahkan bahawa peruntukan bagi penempatan haram Yahudi meningkat 500% dari tahun lalu, mencecah hampir $US500 juta.

Sebagai salah satu langkah meluaskan penempatan haram, rejim Zionis telah menyiapkan 68% daripada pembinaan 771 kilometer Tembok Pemisah, yang memisahkan wilayah Tebing Barat dengan merampas 13% tanah penduduk Palestin.

Di bawah “Greater Jerusalem Plan,” geo-demografi dan identiti al-Quds kini sudah berubah di mana 320,000 pendatang Yahudi menduduki kota suci itu, berbanding dengan hanya 270,000 penduduk asal Palestin yang masih bertahan. Sempadan kota itu juga telah diubah bagi meluaskan kawasan jajahan Zionis dari 6.5 kilometer kepada 71 kilometer.

130,000 penduduk Palestin akan dipaksa keluar meninggalkan al-Quds apabila Greater Jerusalem Plan dilaksanakan sepenuhnya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts