Bandar Huwwara Dikenakan Perintah Berkurung Waktu Malam

JENIN, 23 Nov 2015 (PIC) — Tentera Zionis petang semalam mengenakan perintah berkurung di bandar Hawwara di selatan Jenin, atas alasan sebuah kenderaan pendatang Yahudi telah diserang dengan bom Molotov di satu kawasan berdekatan.

Sekumpulan besar tentera memasuki jalan utama bandar tersebut dan membuat pengumuman perintah berkurung pada waktu malam menggunakan pembesar suara. Semua peniaga dipaksa menutup kedai dan pulang ke rumah.

Tentera melepaskan tembakan cahaya ke udara sambil memeriksa kawasan bandar tersebut untuk mencari mereka yang telah menyerang kenderaan seperti yang didakwa.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts