Bangunan penduduk Palestin ditukar menjadi sinagog Yahudi

TEL AVIV, 21 Nov 2016 (Alray) — Pihak berkuasa rejim Zionis menukar sebuah bangunan lama milik penduduk Palestin yang dirampas di kota al-Ludd menjadi sebuah sinagog Yahudi, selepas pendatang Yahudi menduduki bangunan tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Bangunan yang terletak di Jalan Hanasy itu dirampas di bawah undang-undang “Tanah Yang Ditinggalkan 1950” yang membenarkan harta penduduk Palestin yang dihalau keluar dalam peristiwa Nakba dirampas.

Pertubuhan Yahudi “Alnowah al-Twarateya” giat mengambil kesempatan dari undang-undang tersebut sehingga menimbulkan ketakukan di kalangan penduduk Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts