Bank Palestin enggan terima dana dari Qatar untuk bayaran gaji pekerja di Gaza

RAMALLAH, 3 Ogos 2016 (MEMO) — Bank-bank Palestin enggan menerima dana kerajaan Qatar yang diperuntukan bagi membayar gaji pekerja awam di Gaza.

Duta Qatar, Mohamed Al-Emadi, memaklumkan bahawa Emir Qatar mengarahkan sebanyak US$31 juta dibayar sebagai gaji kepada pekerja sektor awam yang dilantik oleh kerajaan Palestin di Gaza.

Oleh kerana bank-bank enggan menerima dana tersebut, ia terpaksa dimasukkan ke dalam akaun Jawatankuasa Qatar bagi Pembinaan Semula Gaza.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts