Bantahan Terbesar Sejak Intifadah Kedua, 2 Terbunuh

bantahanBETHLEHEM, 26 Jul 2014 (Maan) — Dua orang penduduk Tebing Barat terbunuh dan puluhan lagi tercedera malam tadi apabila tentera Zionis menembak para peserta demonstrasi membantah serangan ke atas penduduk Gaza.

Beberapa demonstrasi diadakan di Bethlehem, Tulkarem, Jenin, Nablus, Salfit dan puluhan bandar dan perkampungan lain di seluruh Tebing Barat. Demonstrasi pada hari Jumaat itu merupakan susulan bantahan besar-besaran “Hari Kemarahan” yang melibatkan penyertaan seramai lebih 20,000 orang, iaitu bantahan terbesar pernah diadakan sejak Intifadah Kedua.

Dalam kejadian di Beit Fajjar di Bethlehem, Nasri Mahmoud Taqataqa, 16 tahun, ditembak mati oleh tentera Zionis dalam satu perarakan bantahan di kampung tersebut. Manakala Bassem Safi Sadeq Abu Rob ditembak di Qabatiya di mana lebih 30 yang lain tercedera. Mereka yang tercedera parah di bahagian maa dan dada dikejarkan ke hospital di Nablus.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts