Bantuan Dapur Rahmah di Gaza terus berjalan

GAZA, 6 Sep 2020 — Kekurangan zat makanan adalah masalah serius di Gaza. Satu kajian terbaru World Food Programme (WFP) mendapati 86 peratus kanak-kanak di bawah usia 5 tahun, terutamanya mereka yang tinggal berhampiran sempadan, tidak mendapat diet asas sekalipun pada kadar minimum.

Masalah menjadi semakin buruk dalam beberapa bulan terakhir dengan ancaman Pandemik Covid-19. Perintah berkurung dan sekatan pergerakan untuk menangani pandemik itu menyebabkan ramai penduduk kehilangan sumber pendapatan mereka.

HALUAN melalui kerjasama NGO Al-Sarra Foundation menganjurkan program “Dapur Rahmah” sejak tahun lalu, bertujuan untuk menyediakan sarapan pagi kepada 100 anak-anak miskin di Gaza setiap hari.

Alhamdulillah, HALUAN meneruskan program ini walaupun dalam kekangan perintah berkurung akibat pandemik Covid-19.

Menurut Pengurus Program Dapur Rahmah, Ustaz Abu Bakr Bin Mohd Sidek, relawan di Gaza tetap meneruskan bantuan walaupun berlaku sekatan pergerakan sejak lebih 10 hari lalu. “Alhamdulillah, sepanjang 11 hari lalu kita berjaya membekalkan sarapan kepada 1,430 keluarga miskin,” jelas beliau. “HALUAN amat berterima kasih kepada para dermawan yang membantu menjayakan program ini. Kita harapkan lebih ramai anak-anak Gaza dapat dibantu secara konsisten dalam masa terdekat.”

Masyarakat prihatn yang ingin turut membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun
Tabung Palestin HALUAN
Bank Islam Malaysia Berhad : 1402 3010 0342 92
Malayan Banking Berhad : 5644 9020 8528

(HALUAN Palestin)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts