Bantuan ke Gaza berkurang 50% sepanjang Ramadan

GAZA, 14 Jun 2017 (MEMO) — Sepanjang Ramadan kali ini, penduduk di wilayah Gaza mendapat bantuan kurang 50% daripada apa yang mereka lazimnya terima sebelum ini.

Akibatnya, pertubuhan dan agensi yang bergantung kepada bantuan luar tidak dapat memenuhi keperluan minima keluarga miskin di Gaza.

Menurut seorang pakar ekonomi, Mohammed Abu Jayyab, penurunan ketara keadaan ekonomi di Gaza berpunca dari masalah sekatan yang berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu, dikeruhkan ladi dengan pemotongan gaji oleh Pihak Bekuasa Palestin (PA). Ia membawa kesan domino ke atas pasaran dan aktiviti perdagangan, sekaligus mengurangkan kemampuan ahli perbiagaan untuk membantu penduduk Gaza.

Pada masa yang sama pertubuhan kebajikan antarabangsa mendapat tekanan untuk beroperasi di Gaza.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts