Bara’a Ghazzawi diharamkan masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 13 Ogos 2018 — Polis Zionis hari ini mengharamkan remaja perempuan Palestin Bara’a Ghazzawi memasuki Masjid al-Aqsa selama dua minggu.

Bara’a ditahan selama beberapa jam dan disoal siasat di pusat tahanan al-Qashla di Baitulmaqdis Barat semalam, kemudian dibebaskan dengan syarat tidak memasuki kawasan Masjid al-Aqsa selama 15 hari.

Polis Zionis kebelakangan ini mengharamkan puluhan penduduk Palestin memasuki tapak suci Masjid al-Aqsa, atas alasan kerap berkunjung ke situ.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts