RAMALLAH, 12 Nov 2014 (Ma’an) — Perkhidmatan Penjara rejim Zionis memindahkan tahanan Marwan Barghouthi ke kurungan berseorangan di penjara Hadareim, sehari selepas beliau menghantar sepucuk surat yang menyeru supaya dibangkitkan perlawanan bersenjata menentang penjajahan Zionis.
Persatuan Tahanan Palestin dalam kenyataan akhbarnya menyebut bahawa Barghouthi dihukum sedemikian hanya kerana beliau telah menulis surat tersebut, yang dihantar dari penjara pada hari ulangtahun ke-10 kematian Yasser Arafat.
Barghouthi sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup.