Bas dibaling batu, pendatang Yahudi cedera

AL-QUDS, 30 Mei 2016 (PIC) — Seorang pendatang Yahudi cedera dalam kejadian bas yang dinaikinya di al-Quds dibaling dengan batu petang semalam.

Polis Zionis mendakwa bahawa sekumpulan pemuda Palestin membaling batu ke arah sebuah bas tersebut ketika melintas kejiranan French Hill di timur al-Quds.

Pendatang terbabit cedera terkena serpihan kaca tingkap yang pecah, dan dikejarkan ke sebuah hospital di al-Quds.

Polis kemudiannya melancarkan operasi memburu para pemuda yang disyakki membaling bas tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts