Bas keluarga tahanan ditahan kerana seorang ibu membawa gambar anaknya yang dipenjara

GURUN NAQAB, 27 Okt 2016 (Samidoun) — Sebuah bas yang penuh dengan ahli keluarga yang pulang dari melawat para tahanan di penjara Gurun Naqab ditahan selama dua jam apabila pihak tentera Zionis mendapati salah seorang ibu membawa gambar anaknya yang sedang dipenjara.

Ibu tersebut dituduh menyeludup keluar gambar ketika bertemu anaknya. Sedangkan gambar tersebut diambil beberapa tahu nlalu ketika anaknya ditahan di penjara Megiddo. Semua keluarga dilepaskan setelah pegawai Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) campur tangan dan mengesahkan status gambar tersebut.

Semua penumpang disoal siasat dan diperiksa secara mengaibkan sebagai usaha pihak rejim untuk menghalang keluarga melawat anak-anak mereka dalam penjara.

Lawatan tersebut dianjur oleh ICRC.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts