Bas pendatang Yahudi hangus diserang di Tebing Barat

QALQILYA, 25 Mac 2019 — Sebuah bas yang membawa pendatang Yahudi hangus terbakar malam tadi, selepas diserang dengan bom Molotov di sebatang jalan berdekatan perkampungan Jit di timur Qalqilya, Tebing Barat.

Pasukan ambulan, bomba dan tentera Zionis berkejar ke tempat kejadian di mana bas terbabit hangus sama sekali. Namun tiada maklumat tentang mangsa insiden tersebut.

Tentera Zionis dikerah bertebaran di sekitar kawasan kejadian, menutup laluan-laluan Tebing Barat dan melindungi pendatang Yahudi yang membaling batu ke arah kenderaan-kenderaan penduduk Palestin yang melalui jalan-jalan berdekatan tempat kejadian.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts