Bayi Palestin meninggal dunia akibat serangan gas pemedih mata

RAMALLAH, 7 Julai 2017 (PIC) — Bayi Palestin berumur lapan bulan, Abdurrahman al-Barghouthi, meninggal dunia hari ini akibat serangan gas pemedih mata oleh tentera Zionis dua bulan lalu.

Tentera Zionis menembak rumah keluarga Abdurrahman di bandar Aboud di utara Ramallah dengan gas pemedih mata dan menghalang ambulan mendekati mereka yang mengalami sesak nafas akibat tembakan tersebut. Bapa Abdurrahman terpaksa berlaki membawa anaknya menaiki ambulan untuk dibawa ke sebuah hospital, yang kemudiannya dipindahkan ke hospital Hadassah apabila keadaannya menjadi serius.

Abdurrahman kemudian dipindahkan ke Kompleks Perubatan Palestin di Ramallah, di mana beliau disahkan meninggal dunia.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts