Beberapa Pertempuran Meletus Di Al-Khalil

AL-KHALIL, 10 Sep 2015 (Alray) — Beberapa pertempuran meletus awal hari ini di antara penduduk Palestin dan tentera Zionis di pintu masuk kem pelarian Al-Arroub di utara Al-Khalil di Tebing Barat.

Pertempuran bermula di antara sekumpulan pelajar dengan tentera Zionis ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah. Tentera dan polis Zionis dikerahkan ke pintu masuk kem dan melepaskan tembakan bom gas dan bom bunyi, manakala para pelajar membalas dengan membaling batu ke arah kenderaan tentera dan kereta pendatang Yahudi yang melalui jalan utama Al-Quds – Al-Khalil.

Pada masa yang sama tentera Zionis menyerang kawasan Al-Fahs di selatan Al-Khalil. Pertempuran meletus di antara pasukan tentera dan pemuda Palestin yang cuba menghalang kehadiran tentera.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts