Bekalan elektrik di Gaza hanya 2 jam sehari

GAZA, 13 Julai 2017 (PIC) — Lebih dua juta penduduk Palestin dalam wilayah Gaza yang terkepung sejak 11 tahun lalu mendapat bekalan elektrik selama hanya dua jam sehari, selepas rejim Zionis dan Mesir mengurangkan saliran bekalan.

Defisit bekalan elektrik di Gaza kini mencecah 85%, iaitu hanya sebanyak 70 megawatt dibekalkan berbanding dengan 600 megawatt yang diperlukan.

Krisis tersebut, dikeruhkan lagi dengan kemusnahan akibat tiga kali serangan besar-besaran tentera Zionis sejak dikepung, bukan sahja memusnahkan perkhidmatan asas seperti perubatan dan pendidikan, tetapi juga meningkatkan masalah ekologi dan kemanusiaan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts