Bekas Jeneral Palestin Ditangkap di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 31 Dis 2017 — Polis penjajah Zionis petang tadi menangkap pesara Major Jeneral Yusuf al-Sharqawi di sebuah sekatan tentera yang dipasang berdekatan bandar al-Issawiya di kota Baitulmaqdis.

Yusuf, 64, ditangkap selepas disekat ketika menaiki sebuah teksi dalam perjalanan pulang dari Ramallah ke rumahnya di kem pelarian Dheisheh di wilayah Beit Lahm. Beliau diheret ke lokasi yang tidak diketahui.

Yusuf bersara dari Perkhidmatan Keselamatan Kebangsaan Palestin setahun lalu.

(PIC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts