Bekas ketua Shin Bet pimpin pendatang Yahudi ceroboh al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 4 Mac 2018 — Bekas ketua badan perisikan Zionis Shin Bet, Ami Ayalon, pagi tadi memimpin 32 pelajar agama Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa sebelum menyampaikan syarahan tentang “Bukit Haikal” di atas tapak suci umat Islam itu.

Keseluruhannya, seramai 46 pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci itu dalam gerombolan-bgerombolan yang berurutan, dengan diiring oleh pasukan polis Zionis. Polis mengenakan sekatan ke atas di semua pintu-pintu masuk perkarangan masjid.

Pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu. Mereka masuk melalui Pintu al-Maghareebah, iaitu satu-satunya pintu yang dikawal penuh oleh tentera Zionis sejak mereka merampas kuncinya pada tahun 1967.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts