Bekas tahanan ditangkap semula selepas 3 bulan dibebaskan

BEIT LAHM, 2 Ogos 2016 (PIC) — Bekas tahanan Raed Ayesh, 30, ditangkap semula oleh tentera penjajah Zionis selepas dibebaskan tiga bulan lalu, selepas mengarahkan beliau hadir ke pusat interogasi Etzion.

Raed dibebaskan pada 26 April lalu setelah dipenjara di bawah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan atau pendakwaan selama dua tahun berturut-turut.

Raed secara keseluruhannya merengkok dalam penjara Zinis selama lapan tahun. Beliau juga pernah beberapa kali ditangkap oleh pasukan Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Beit Lahm.

Ketika dalam tahanan, Raed menyertai mogok lapar bersama rakan tahanan pentadbiran secara beramai-ramai selama 41 hari.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts